Jumaat, 20 November 2009

Memotong kepala ikan lumek sebelum disalai. Sebelum itu, ikan akan dicuci bersih dan akhinya akan disalai di tempat menyalai...

Bermukun atau bertandak merupakan antara hiburan popular di kampung Betanak. Lazimnya, terdapat berbalas pantun adalah diantara mak gendang dan penandak. Acara ini dilakukan ketika meraikan sesuatu peristiwa terutamanya kahwin mahupun ketibaan tetamu jemputan.

Menanam padi merupakan antara aktiviti utama penduduk kampung. Kebiasaanya, penduduk kampung akan menanam padi pada bulan Jun hingga Ogos. Manakala musim menuai di antara bulan disember hingga Februari.
Belajar Bahasa Melanau
10 Istilah Melanau:

1. keman- makan
2. tutang-minum
3. ko -saya
4. mo -awak
5. lidun/melo -mereka
6. tenawan- manusia
7.temuk- mandi
8. temero - perempuan
9. tolai/lai- lelaki
10 Makau - berjalan
Aktiviti menyalai ikan lumek di tempat menyalai ikan. Memakan masa hampir 5 hingga 6 jam untuk benar-benar menjadi ikan salai. Kebiasaannya, ikan salai lumek dijual antara RM10.00 hingga RM18.00. Musim ikan di antara bulan mac hingga julai.
Suasana tenang di kampung Kampung Betanak















Bot Sangkut: Antara pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk kampung Betanak.