Jumaat, 20 November 2009
Kampung Betanak
Sejarah Kampung Betanak
Asal usul nama Kpg. Betanak tidak diketahui oleh kebanyakkan orang kampung. Tarikh tepat pembinaan kampung ini juga tidak diketahui. Namun, 'betanak' boleh diertikan sebagai kawasan tanah. Hal ini kerana 'tanak' bermaksud tanah. Oleh itu, kampung Betanak boleh dikenali sebagai kawasan yang bertanah.
Mengikut cerita orang tua, pembukaan kampung ini dibina oleh beberapa orang penduduk kampung di kawasan sebatang anak sungai. Pada ketika itu, kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan sawah padi masing-masing. Sehingga akhirnya, penduduk mula berpindah ke kampung yang dibina sehingga membentuk kampung yang dikenali sebagai kampung Betanak.
Mengikut catatan oleh Pusat Kesihatan Kampung Betanak, penduduk ini berjumlah lebih dari 2000 orang penduduk. Kampung ini mula mengalami sediki demi sedikit pembangunan. sehingga ke hari ini.Untuk memudahkan pergerakan keluar dan masuk kampung, terdapat perkhdimatan laju yang memakan masa hampir sejam setengah dari Sarikei. Pelbagai aktiviti, budaya, makanan, adat resam, pekerjaan dan sebagainya terdapat di kampung ini.
Langgan:
Ulasan (Atom)
